Perlembagaan

March 11th, 2017

PERLEMBANGAN ORKESTRA CINA

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

 

PERKARA 1

FASAL 1 :NAMA

Pasukan beruniform ini dinamakan Orkestra Cina dalam Bahasa Melayu.

PERKARA 2

FASAL I :ALAMAT

Orkestra ini ditubuhkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang.

 

PERKARA 3

FASAL 1 :MOTTO

MOTTO: Latihan Ke Arah Muzik Berkualiti

 

PERKARA 4

FASAL 1 :MATLAMAT /TUJUAN/OBJEKTIF ORKESTRA CINA

  1. Berkhidmat kepada sekolah.
  2. Menyertai pertandingan.
  3. Memberi tunjuk ajar pengetahuan muzik kepada pelajar.
  4. Memperkembangkan muzik Orkestra Cina

 

PERKARA 5

FASAL 1: TUJUAN PERLEMBANGAN

  1. Menjadi panduan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Orkestra Cina dalam menguruskan hal-hal ehwal orchestra.
  2. Supaya semua ahli orkestra menjadi seorang yang berdisipiln.

 

PERKARA 6

FASAL 1 : GURU PENASIHAT DAN GURU YANG MENGAJAR

  1. Orkestra Cina ini terdiri daripada guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah dan guru pengajar.

 

PERKARA 7

FASAL 1 :KEAHLIAN

1.1 Keahlian Orkestra Cina terbuka kepada pelajar sekolah ini atau seperti disyaratkan oleh pihak sekolah.

1.2 Mematuhi perturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

1.3 Menghadirkan diri dalam semua aktiviti orkestra. Ahli-ahli yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah akan diambili tindakan oleh Jawatankuasa Pusat /guru penasihat.

1.4 Jika ahli menarik diri daripada menjadi ahli atau digugurkan keahliannya, wang yurannya tidak akan dipulangkan.

 

PERKARA 8

FASAL 1:IDENTITI

1.1 Sebagai identiti , semua ahli mesti memakai tag nama semasa latihan.

 

PERKARA 9

FASAL 1 : KEWANGAN

1.1 Yuran pendaftaran – RM 1.00 atau seperti mana yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

1.2 Yuran keahlian sebanyak RM30.00 tahunan

(Perubahan akan dibuat mengikut belanjawan tahuanan)

1.3 Objektif Tabungan

       1.3.1 Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk kegunaan  orkestra dan aktiviti orkestra sahaja.

       1.3.2 Orkestra berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari mana-mana pihak.

 

PERKARA 10

FASAL 1 :PERLANTIKAN JAWATANKUASA ORKESTRA CINA

1.1 Perlantikan ini dilantik oleh guru penasihat.

1.2 Perlantikan jawatankuasa Orkestra Cina akan dijalankan semasa mesyuarat antara guru-guru penasihat untuk membentuk jawatankuasa yang baru.

1.3 Guru penasihat akan melantik calon-calon yang dicadangkan oleh ahli jawatankuasa lama untuk memegang jawatan berikut :

  1. Konduktor (dilantik oleh guru muzik mengikut keadaan yang diperlukan)
  2. Pengerusi 
  3. Naib Pengerusi
  4. Setiausaha
  5. Penolong Setiausaha
  6. Bendahari
  7. Penolong Bendahari                                    
  8. Ketua Peralatan
  9. Penolong Ketua Peralatan
  10. Ketua Kebersihan                                           
  11. Penolong Ketua Kebersihan                                     
  12. Ketua Papan Kenyataan
  13. Ketua Disiplin
  14. Penolong Ketua Disiplin
  15. Ketua Skor Muzik & Uniform
  16. Ahli Jawatankuasa
  17. Wakil Tingkatan
  18. Ketua Bahagian Geseran
  19. Ketua Bahagian Cello
  20. Ketua Bahagian Tiupan
  21. Ketua Bahagian Perkusi
  22. Ketua Bahagian Tanbo

(perubahan bilangan ahli jawatankuasa akan dibuat mengikut keperluan dan atas budibicara guru penasihat)

PERKARA 11

FASAL 1 : CORAK PENTADBIRAN

1.1 Tempoh perkhidmatan adalah sehingga AJK baru terbentuk.

1.2 Bagi ahli-ahli yang melanggar peraturan atau Perlembagaan Jawatankuasa Orkestra Majlis Eksekutif boleh mengambil tindakan disiplin ke atasnya secara :

            1.2.1 Denda

            1.2.2 Amaran Lisan

            1.2.3 Amaran bertulis

            1.2.4 Kaunseling

1.3 Fungsi-fungsi Majlis Eksekutif

            1.3.1 Mengawasi dan membimbing ahli-ahli.

            1.3.2 Memastikan segala peraturan Orkestra diikuti oleh semua ahli.

PERKARA 12

FASAL 1 : PERANAN JAWATANKUASA ORKESTRA CINA

1.1 Pengerusi

            1.1.1 Mengetuai Majlis Eksekutif Jawatankuasa.

            1.1.2 Mengadakan dan mempengerusikan semua mesyuarat.

            1.1.3 Mengawasi dan membimbing semua ahli.

            1.1.4 Bertindak sebagai jurucakap bagi jawatankuasa ini.

            1.1.5 Menjadi penasihat dan penyelia kepada semua aktivti jawatankuasa.

            1.1.6 Merancang dan melaksanakan semua aktivti sepanjang tahun.

1.2 Naib Pengerusi

            1.2.1 Membantu Pengerusi dalam hal orkestra.

            1.2.2 Mengerusi semua mesyuarat yang diadakan semasa pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat

1.3 Setiausaha

            1.3.1 Memberi nasihat dan panduan kepada penolong setiausaha.

            1.3.2 Mencatat kehadiran ahli-ahli semasa latihan.

            1.3.3 Menyiapkan laporan setiap latihan dan mesyuarat.

            1.3.4 Menjalankan segala hal penulisan.

1.4 Penolong Setiausaha

            1.4.1 Membantu serta bekerjasama dengan setiausaha.

1.5 Bendahari

            1.5.1 Mengutip yuran daripada ahli-ahli.

            1.5.2 Memastikan akaun adalah seimbang dalam setiap masa.

            1.5.3 Menyediakan laporan catatan akaun untik diperiksa dan ditandatangani oleh guru penasihat

            1.5.4 Menyampaikan kedudukan kewangan sewaktu Mesyuarat Agung dan mesyuarat-mesyuarat yang lain.

1.6 Penolong Bendahari

            1.6.1 Mengutip yuran daripada ahli-alhi.

            1.6.2 Bekerjasama dan membantu bendahari dalam hal ehwal kewangan.

1.7 Ketua Peralatan

            1.7.1 Menyimpankan rekod bagi semua alat muzik orkestra dalam sekolah.

            1.7.2 Menyemak stok alatan muzik untuk memastikan stok adalah mencukupi.

            1.7.3 Menguruskan sebarang pinjaman dan pemulangan alatan muzik oleh ahli orkestra.

            1.7.4 Memastikan penyimpanan alat muzik adalah kemas dan teratur.

1.8 Penolong Ketua Peralatan

            1.8.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Peralatan dalam hal pengurusan alat muzik.

1.9 Ketua Kebersihan

            1.9.1 Mengagihkan tugas mingguan antara ahli Orkestra Cina untuk mengemaskan dan membersihkan tempat latihan.

            1.9.2 Memastikan tempat latihan adalah bersih dan kemas.

1.10 Penolong Ketua Kebersihan

            1.10.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Kebersihan dalam hal menjaga kebersihan dan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan.

1.11 Ketua Papan Kenyataan

            1.11.1 Menghiaskan papan kenyataan Orkestra Cina dengan hal-hal yang berkenaan dengan muzik Orkestra Cina.

            1.11.2 Menulis notis latihan mingguan.

1.12 Ketua Disiplin

            1.12.1 Menjaga disiplin ahli-ahli dalam orkestra,

            1.12.2 Melaporkan kepada guru penasihat mengenai disiplin di kalangan ahli-ahli orkestra.

            1.12.3 Menyediakan surat ketidakhadiran.

1.13 Penolong Ketua Disiplin

            1.13.1 Bekerjasama dan membantu Ketua Disiplin dalam hal pengurusan disiplin ahli.

1.14 Wakil Tingkatan

            1.14.1 Membantu setiausaha mengambil kedatangan ahli.

            1.14.2 Menjalankan tugas-tugas yang ditentukan oleh guru penasihat.

1.15 Ketua Skor Muzik & Uniform

            1.15.1 Menyusun skor muzik untuk diedarkan kepada ahli-ahli.

            1.15.2 Menguruskan sebarang pinjaman dan pemulangan uniform oleh ahli orkestra.

            1.15.3 Memastikan penyimpanan uniform adalah kemas dan teratur.

1.16 Ahli Jawatankuasa

            1.16.1 Membantu dalam hal-hal pengurusan orkestra yang ditentukan oleh guru penasihat.

1.17 Ketua Bahagian Geseran

            1.17.1 Mengetuai dan membantu perkembangan kumpulan Geseran.

1.18 Ketuan Bahagian Cello

            1.18.1 Mengetuai dan membantu perkembangan kumpulan Cello.

1.19 Ketua Bahagian Tiupan

            1.19.1 Mengetuai dan membantu perkembangan kumpulan Tiupan.

1.20 Ketua Bahagian Perkusi

            1.20.1 Mengetuai dan membantu perkembangan kumpulan Perkusi.

1.21 Ketua Bahagian Tanbo

            1.21.1 Mengetuai dan membantu perkembangan kumpulan Tanbo.

 

PERKARA 13

FASAL 1 : MESYUARAT DAN LATIHAN

1.1 Mesyuarat Agong Tahunan akan diadakan pada satu tarikh yang sesuai berdasarkan keputusan Majlis Jawatankuasa Orkestra untuk :

            1.1.1 Mengesahkan perlantikan majlis baru.

            1.1.2 Menjelaskan peraturan-peraturan Orkestra Cina yang telah dikuatkuasakan oleh guru penasihat.

1.2 Masa Latihan :

            1.2.1 Mengikut masa yang diperuntukan oleh pihak sekolah. (Latihan tambahan juga diadakan.)

            1.2.2 Kehadiran adalah wajib.

 

PERKARA 14

FASAL 1 :SYARAT-SYARAT YANG PERLU ADA PADA SETIAP AHLI JAWATANKUANSA

1.1 Seorang ahli jawatankuasa orkestra mesti mematuhi perlembagaan dan peraturan-peraturan Orkestra.

1.2 Tidak dibenarkan menyebarkan perkara-perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa.

1.3 Semasa bermesyuarat, semua ahli Jawatankuasa mesti mencatat perkara-perkara yang dikemukakan dalam mesyuarat.

1.4 Mesti hadir dalam sebarang mesyuarat atau latihan atau pertunjukan.

1.5 Ahli Jawatankuasa akan didenda jika didapati melanggar peraturan atau dilucutkan jawatan jika didapati perlu oleh majlis Jawatankuasa dan guru penasihat.

1.6 Mesti sentiasa mengambil berat tentang ahli-ahli orkestra.

1.7 Mesti sedia berkhidmat kepada Orkestra Cina dengan hati yang ikhlas.

 

PERKARA 15

FASAL 1 : AKTIVITI TAHUNAN ANJURAN JAWATANKUASA ORKESTRA CINA

1.1 Setiap tahun akan menganjurkan :

            1.1.1 Interaksi dalam kalangan Orkestra Cina

            1.1.2 Majlis Perpisahan

 

PERKARA 16

FASAL 1 : PINDAAN

1.1 Perlembagaan ini hanya boleh dipinda dalam AGM dengan

            1.1.1 Kehendak guru penasihat

            1.1.2 Ahli

Guru Penasihat ,

( Pn. Lim Poay Li )

  • Comments(0)

Comments are closed.